Sejauh manakah kerajaan Pas Kelantan ingin diam membisu mengenai perkara itu sehingga terbongkarnya penyelewengan ladang rakyat didedahkan di dalam beberapa siri Kelatekito.net.
Sehingga kini belum ada penafian mahupun penjelasan mengenai pemberian tanah kepada syarikat terdiri golongan bukan bumiputera dan kepada pemimpin sekutu PKR, N.Gobalakrishnan yang melibatkan nilai puluhan jutaan ringgit.
Justeru, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendesak Kerajaan Pas Kelantan perlu memberi penjelasan mengenai program Ladang Rakyat kerana ramai yang masih belum mengetahui konsep program itu, Beliau berkata jika kerajaan negeri tidak berbuat demikian, mereka seolah-olah cuba menipu rakyat negeri ini kerana gagal menyediakan butiran terperinci mengenai program ladang tersebut.
No comments:
Post a Comment